park jiyeon

park jiyeon
she's was the prettiest maknae

Thursday, October 13, 2011

3.may.2011-Tarikh Keramat Bagi Aku

     Bersempena tarikh diatas,tarikh keramat inilah aku telah ''bergodsis'' dengan insan yang bernama LEE SZE CHEE.Alangkah indahnya hari-hariku.Sukar untuk aku percaya yang akhirnya apa yang aku impikan selama ini menjadi kenyataan.Bak kata pepatah ''alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan''.Cehh...siap berperibahasa lagi.Keindahan bahasa harus dijunjung tinggi.Macam mana harus aku gambarkan keperibadian chee chee ini..Susah untuk aku memperjelaskannya.Tapi apa yang aku tahu tentangnya,pertama kali aku melihatnya,begiku mungkin dia nie seorang budak yang pendiam,tapi sangkaanku meleset sama sekali!Rupanya dia nie ''diam-diam ubi berisi''.Pertama kali aku mengenalinya melalui sehelai kertas risalah contact lens.Disitulah bermulanya perkenalan aku dan dia.Ramai juga yang bertanya kepadaku,''Ayie,macam mana Ayie bole kenal ngan chee chee?''.Ada juga yang menceritakan kepadaku yang dia nie tak layan sangat senior lagi-lagi kalau Melayu.Memang tak la dia nak layan!Bila mereka ceritakan kepadaku,mula-mula aku memang sukar nak percaya,tapi apa yang mereka ceritakan itu,aku ambilnya sebagai cabaran untuk aku mulakan proses perkenalan kami.

      Keesokan harinya,aku mula bercakap dengan dia.Ahh!!ternyata apa yang mereka katakan itu tidak benar sama sekali.Bila aku tegur dia,dia akan tegur aku balik.Bila aku rasakan yang dia nie bukanlah seperti apa yang mereka katakan cuma dia malu untuk berkenalan dengan orang lain.Sejak itu aku menyimpan hasrat bahawa suatu hari nanti dia akan menjadi adikku!Tarikh inilah yang menjadi saksi ''pergodsisan'' antara aku dan chee chee.Mula-mula,aku menunggunya disekolah kerana aku tahu dia stayback hari itu.TiK Tok Tik Tok jam aku berdetik menunjukkan pukul tiga dan aku masih menanti kepulangannya kesekolah semata-mata ingin menunaikan hasratku itu.Tepat pukul tiga,muncul kelibatnya dihadapan mataku.Apalagi,dia pun menghampiri aku dan duduk disebelahku.Fuhh!!aku berpura-pura tenang tetapi dalam hatiku berdebar bagaikan ribut taufan yang melanda dunia..kami berbual panjang masa itu dan aku menggunakan kesempatan itu untuk mengambilnya sebagai adik angkatku.Aku tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaanku masa itu.Perasaanku bercampur baur dan aku takut sekiranya aku memberitahunya hasratku itu,dia tidak mahu lagi bercakap dengan aku!Aku tidak mahu perkara itu berlaku kerana aku tahu yang dia memamg tidak suka ada godsis.Tapi aku cuba sebaik mungkin.Kata orang dulu-dulu ''tak kenal maka tak cinta''.Aku berfikir lama untuk memperkatakannya dan tuppp!Tiba-tiba terlancarlah hasratku itu dibibirku ini.Dan masa itu,aku rasakan bahawa dia akan membenci diriku tetapi sebaliknya.Aku merasakan yang jawapannya TIDAK tetapi apa yang dia jawab ialah YA!Saat itu perasaanku semua ada,gembira,teruja,terharu semua bersatu!

    Apa yang aku harapkan,aku akan dapat kekalkan hubungan aku dengan dia selama-lamanya.Aku akan sentiasa menyokongnya dibelakang.Disini aku mahu memberitahu kepada korang semua yang apa yang korang mahukan dan apa yang korang impikan,cuba berusaha untuk mendapatkannya.Bak kata pepatah ''usaha tanda kejayaan''.Lastly,aku hope korang mencapai kehidupan yang sempurna dimasa akan datang.

                                                                                                                                 lots of LOVE,
                                                                                                                                 Ayie Mafella ;)

No comments:

Post a Comment